Klik Sekali

Monday, 16 June 2014

***KOLEKSI TERBARU DHIA'S COLLECTION***

**KOLEKSI TERBARU DHIA'S COLLECTION**

#Updated16June2014

Assalamualaikum W.B.T

Menutup aurat dengan sempurna sambil bergaya dengan Twist Scarf Aisyah Style dari Dhia'sCollection. Koleksi terbaru dari kami.

Setiap orang wajib ade satu
Cantik dan mudah di pakai.

Material tudung : sifon
Owning : Attached
Layer : Double Layered

1pc-Rm 55
3pc-Rm 50
5pc-Rm 48

Berminat Sms @ wassap only 019-6141393

Friday, 13 June 2014

Menapak dan terus menapak..

Assalamualaikum..

Hari ni dah pertengahan bulan jun. Masyallah bulan sya'aban pon dh kat tengah-tengah dah. Tak lama lagi RAMADHAN. Cepatnye masa berlalu. Kalau tahun lepas Che Charl puasa sebagai tunagan orang, tahun double status plak. Sebagai suami dan ayah. Huhuhuhu. Tak di sangka begitu cepat. Terexcited nk tunggu bulan puasa ngan raya nanti..

Di kesempatan ni, Che Charl nak umumkn sesuatu kat semua follower2 Tinta Merah yang Che Charl sayangi. Actualy, Che Charl try2 nak berbusiness. Jual tudung dari koleksi Che Charl sendiri (Dhia's Collection). Wat masa ni Che Charl jual tudung Twist Scarf Aisyah Style. Macam yang kat post sebelum ni or picture kat bawah. Soooo... Akak2, Ibu2, Makcik2 n bapak2 semua mai pakat shopping kt Tinta Merah yer.. Next week or month Che Charl akan tambah lgi koleksi. Nantikan yer.

Sebelum mengundur diri.. Nak promote something..
________________________________________

#Updated13June2014

Menutup aurat dengan sempurna sambil bergaya dengan Twist Scarf Aisyah Style dari Dhia'sCollection

Setiap orang wajib ade satu
Cantik dan mudah di pakai.

Material tudung : sifon
Owning : Attached
Layer : Double Layered

Promosi harga..

1pc - Rm 55
3pc - Rm 50
5pc- Rm 48

Berminat Sms @ wassap
019-6141393

P/s: AS01, AS02, AS04 and AS05 sold out

Thursday, 12 June 2014

Promosi Twist Scarf Aisyah Style dari Dhia's collection.

#Updated13June2014

Assalamualaikum W.B.T

Menutup aurat dengan sempurna sambil bergaya dengan Twist Scarf Aisyah Style dari Dhia'sCollection

Setiap orang wajib ade satu
Cantik dan mudah di pakai.

Material tudung : sifon
Owning : Attached
Layer : Double Layered

Berminat Sms @ wassap only 019-6141393

P/s: AS01, AS02, AS04 and AS05 sold out

Wednesday, 9 October 2013

Loving you my Dear

Assalamualaikum..

 
LOVE is not to say, But to understand. 
LOVE is not to show, But to feel inside. 
LOVE is not to find faults, But to make the best. 
LOVE is not to demand, But to sacrifice. 
LOVE is not to hurt, But to take care of. 
LOVE is not blind, But it doesn't need to see..

Che Charl: Yang mengerti akan memahami..

-Sekian- 
 


Monday, 7 October 2013

Permaisuri Hatiku

Assalamualaikum...

Seperti biasa Tinta Merah semestinya bermula dengan coretan kenangan. Ternyata begitu lama Che Charl tidak menyuntik kata kat laman Tinta Merah ni. Apakan daya, hati ingin sangat menulis, tapi masa sangat cemburu dengan Che Charl. hehehe.

Ok.. Ermmm, Camne nak mula ek? Haa entri ni just nak bagi tau yang Che Charl berstatus SUAMI ORANG sekarang ni okayyyyyy. Hahahaha. Macam x percaya pon ade. Percaya pon ade. Kat tengah2 pon ade. By the way, tu lah kenyataannye. Takdir Allah menentukan segalanya. Jodoh sememangnya di tangannya. Kene move on. Tak boleh nak patah balik. 


Lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA tersirat begitu banyak maksud yang tersirat tentang tanggungjawab dalam perkahwinan bagi seorang lelaki. Che Charl rasa kot. Tapi xpe, tuhan itu maha mengatahui di mana kemampuan kita kan? Berserah je padanya. Insyallah semuanya berjalan lancar. Cuma kita sebagai hambanya haruslah ade kemahuan untuk berusaha memikul tangungjawab yang di beri sepenuh hati atau tidak jer. Orang kate, "HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH". Cuma mengaharapkan kekuatan di beri darinya untuk menghadapai segala ujian yang bakal menimpa. Yela, Isteri dan Anak-anak ni adalah nikmat dan juga sebagai ujian kita sebagai orang lelaki kt dunia ini.

Alam perkahwinan ni ad yang kata indah selamanya, ada yang kata indah diawalnya je dan ada juga yang kata tidak indah langsung. Pada Che Charl (pengalaman baru kawen 57 hari)  keindahan sesuatu rumah tangga tu terletak pada suami isteri tu sendiri. Teringat Che Charl antara kata-kata seroang penulis buku hadiah dari isteri semasa tunag dulu.

"Ikatan cinta itu akan terus mekar membunga jika kita menjaga ikatan cinta kita dengan Allah. Sebab, perasaan cinta, kasih dan sayang tu Allah yang bagi. Jadi, jika hendak mengekalkan kebahagiaan kita dengan isteri, jagalah ikata nkita dengan tuhan."

"Tiga resepi bahagia SABAR + SYUKUR + REDHA = BAHAGIA"


Walau apa pon, Che Charl rasa sangat bersyukur dengan kurniaan dari Allah. Dikurniakan seorang permaisuri yang sempurna di mata Che Charl. Walaupun perkahwinan ini merupakan perkahwinan pilihan keluarga, Che Charl rasa bersyukur sangat-sangat. 


Buat isteriku......

Pelabuhan cinta telah Abang temui,
Harapan Abang agar,
Pelabuhan ini dipenuhi ribuan warna-warni keindahan,
Harapan Abang juga,
Pelabuhan ini,
Tidak akan membuat Abang lupa,
Dengan asalnya pelayaran bahtera kehidupan Abang bermula.

Wahai Isteriku,

Abang tahu kita manusia tidak sempurna,
Hadirnya dirimu,
Menyempurnakan hidup Abang,
Hadirnya dirimu,
Iman abang kian sempurna,
Hadirnya dirimu,
Ketenangan menjelma di hati Abang.
Terima kasih wahai Isteriku,
Abang tahu,
Tuhan yang bagi semua itu,
Tapi....
Melalui dirimu.

Che Charl: Nak tau kisah kami? tungguuuuu.. hehehe. TERIMA KASIH ISTERIKU..
 
-Sekian-



Friday, 26 April 2013

Menyingkap hati yang tenang..

Assalamualaikum semua...
Hai senangnya dalam hati. Kalau.. lalalalalal.. Seperti dunia hai ana yang punya.. lalalal.. sambung sendiri la.. Hari ni Che Charl menaip dengan hati yang sangat0sangat senang dan tanang. Nak tahu kenapa? Biar lah Rahsia..... huhuuh... Semua orang mahukan jiwa yang tenang kan? Banyak perkara yang boleh membuatkan hati kita ni jadi senang samada dari segi spiritiual atau jasmani. Jom menyingkap rahsia ketenangan hati dengan Che Charl..


Pandai Bersyukur

Memang betul, untuk mendapat hati yang tenang kita mestilah kena pandai bersyukur. Jangan la kita berasa kurang senang dengan kesenangan orang lain. Pada Che Charl ukurla baju di badan sendiri. Sebab dengan begini kita akan merasa cukup walaupun hidup kita sederhana. Apa yang kita dapat akan lebih bermakna dibandingkan orang yang memiliki segunung harta tetapi selalu merasa kurang.

Jangan terlalu Mengejar Cita-Cita Keduniawian

Che Charl tengok sekarang ni dunia penuh dengan kemodenan dan materialistik. Menghabiskan sebagian besar waktu demi mencari material akan membuat kita menyesal di kemudian hari. Gunakan sebagian waktu yang ada untuk beramal, beribadah, sedekah, membangun keluarga yang bahagia, memberi kontribusi bagi lingkungan sosial masyarakat, dan lain sebagainya. Ermm, dengan ni, insyallah kiata akan bahagia dan tenang. Ingat, rezeki tuhan tu ada di mana-mana. Sentiasalah beringat akannya.

Bantu Orang Lain & Selalu Berbuat Kebaikan Serta Amal Soleh

Bangun suasana yang akrab dan kekeluargaan dengan saudara, tetangga dan orang-orang di lingkungan kita karena manusia adalah makhluk sosial. Lingkungan sosial yang baik akan membantu kita hidup saling tolong-menolong satu sama lain, bergotong-royong, musyawarah untuk mufakat, saling menjaga, dan lain sebagainya. Semoga dapat membantu kita semua hidup tenang dunia dan akhirat

Pengurusan Emosi

Jaga emosi dan nafsu kita kerana mereka dapat menghancurkan kita dan meninggalkan kita dalam penderitaan. Latih nafsu dan emosi dengan puasa. Jangan mudah terpancing emosi. Jadilah orang yang baik dan hindari menjadi orang jahat/penjahat. Ingat dunia penuh dengan ujian dan persoalan.

Hidup Sederhana

Dengan hidup sederhana kita akan selalu merasacukup dan hidup tenang lahir. Hidup mewah dan gelamor perlukan 'maintainance' yang banyak. Dengan hidup sederhana dan rendah diri kita tidak akan mudah stres. Fokuslah ke kekayaan yang bukan material atau harta fizikal kerana orang akan lebih menghargai kita jika kita mempunyai banyak kemampuan yang tidak dimiliki orang lain tetapi kita tidak sombong.

Che Charl: Lagi best kalau ada orang kita yang sayang dan sudi menjadi pendengar serta pelengkap kekurangan diri kita.. Memang tenang habis la.. Eh tibee.. hahaha.. 

-Sekian-




Sunday, 21 April 2013

Bunga kertas yang gebu-gebu belaka...

Assalamualaikum semua..

Lama tak jumpa..huhu.. Yela lama dah Che Charl tak bukak Tinta Merah ni. Nasib baek la password ngan email masih ingat lagik. hahah. So, di hari yang berbahagia ini, tangan ni terasa gatal nak main gunting2, jahitt2, ikat2 dan tarik2. Haa nak tau apeke jadahnye tuh? terus la membaca wahai pembaca yang Che Charl sanjungi sekalian.

Berbalik tajuk kat atas tu. Sambil bermesej dengan "SOMEONE" sambil tu la tangan ni ligat memegang gunting, jarum, benang dan kertas. Che Charl baru belajar satu benda. Konfirm korang semua suke (KONFIDENT jer korg suka). haha

Sape suka bunga? Sape suka bunga? Sila angkat tangan macam nih \(^_^)/ jom Che Charl nak share cara buat bunga dengan kertas.

 First, potong kertas ikut suka saiz setara mana nak. Che Charl gunakan paper crepe. 
Boleh dapat kat kedai stationary. Murah jer. huhuh. Biasanya Che Charl guna 5 lapis.
Kena pandai adjust2 la bgi cantik bunga tu nnt,

 Pas dah susun kertas tu semua. Lipat dua. Sebab Che Charl nak kan line kt tengah2 tu

 Next, jahit la kat line tengah2 tu td. Jahit jelujur jer senang.

 Lepas dah siap jahit sampai hujung, tarik benang tu macam picture kat atas.

 Dah tu, gunakan benang yang sama ikat kt tengah.

 Kemaskan bahagian tepi kertas biar la nampak cantik sikit.

 Lepas kemas kan tepi. Kembangkan macam kat atas tu.

 Kemudian, tarik keatas selapis demi selapis sampai la kelima-lima lapisan tu habis

Nah...!!! Ni la hasinya.. Gebu-gebukan?
Macam x percaya boleh jadi macam ni. Huhuhu

Che Charl: Selamat mencuba. Bunga-bunga ni boleh la kita guna untuk wat bunga hiasan meja ke, dulang hantaran ker. Ape-ape je la yg dirasakan boleh. Sebab memang cantik. huhuhu.. Selamat mencuba.

-Sekian-



Klik Sekali

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CC0TIGnI